Dua wanita maut manakala dua lagi cedera parah selepas kenderaan dinaiki terbabas dan melanggar tiang jejantas. Kejadian berlalu kira-kira 7.19 malam Semalam, berhampiran Pusat Serenti, Lebuh Raya Mahameru di ibu negara. Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur memaklumkan, mangsa yang maut berumur lingkungan 40-an, manakala yang cedera sekitar 20-an. Mangsa yang maut disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital di lokasi kejadian, sementara yang cedera telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur. Seramai enam anggota “Fire Rescue Tender” dihantar ke lokasi bagi memberi bantuan setelah laporan diterima kira-kira 7.09 minit malam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini