Seorang jemaah haji dari Johor, Amil Abdullah, 63 tahun meninggal dunia.Perkara berkenaan dimaklumkan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dalam sidang media di Makkah.Jenazah Allahyarham telah disembahyangkan di Masjidil Haram selepas solat subuh pada sabtu lalu. Allahyarham meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah pada Jumaat lepas dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Syara’ik, Makkah. Jenazah Allahyarham telah diuruskan oleh pihak Muassasah Asia Tenggara dan Tabung Haji. Dalam pada itu, beliau memberitahu suhu purata di Makkah ketika ini mencatatkan bacaan 31 hingga 49 darjah celcius. Namun pada Ahad, bacaan terakhir telah merekodkan susu tertinggi iaitu 51 darjah celcius ketika waktu tengahari.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini