Seorang lagi suspek tahanan lari dari Depot Tahanan Imigresen (DTI) Papar, pada Rabu, berjaya ditahan.

Suspek, Tuliang Madalani, 35 tahun ditangkap di Pantai Kampung Gusi pada pukul 3:15 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Papar, DSP Batholomew Umpit mengesahkan tangkapan.

Menurutnya, sehingga hari ini sepuluh tahanan telah dikesan dan ditangkap semula.

Empat lagi suspek yang sedang diburu iaitu Nadzwin Usman, 24, Herman Bilau, 35, Husin Japar, 43 dan Pertama Lapanji, 40.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar di talian 088-912222 dan talian hotline 088-916064.

Rabu lalu, seramai 14 tahanan DTI warga Filipina berusia lingkungan 23 – 43 tahun telah melarikan diri pada pukul 3.30 pagi dengan mengumpil bumbung tandas pusat tahanan berkenaan dan memotong pagar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini