Tiga cedera terdiri seorang lelaki dan dua wanita dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan jenis Produa Alza dan Proton Pesona. Kemalangan berlaku kira-kira jam 10.15 pagi tadi di Jalan Jejawi-Tambun Tulang, Arau.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perlis, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kemalangan berkenaan jam 10.21 pagi. Dua buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Arau dan Simpang Empat beserta 12 anggota diketuai Penolong Penguasa Bomba Fhadzil Akmal  Abd Majid bergegas ke lokasi kejadian.

Pihak bomba mengambil masa 30 minit untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang cedera dan diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut. Operasi tamat kira-kira jam 11.26 pagi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini