Seorang lelaki maut setelah dipercayai terjatuh ke dalam rumah pam yang mempunyai kedalaman 4.57 meter di sebuah taman tema di Sungai Petani Kedah. Bagaimanapun identiti mangsa tidak dikenalpasti.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Kedah,Penguasa Kanan 1 Mohamadul Ehsan Mohd Zain dalam kenyataannya berkata dalam kejadian pada Sabtu pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan itu.

Jentera dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat BBP Sungai Petani dihantar ke lokasi kejadian. Mangsa dikeluarkan dari rumah pam dengan mengunakan alat pengusung. Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini