Seorang maut manakala seorang lagi  parah selepas dipercayai terjatuh daripada permainan roda Ferris di Cheras, Selangor.

Punca kejadian sedang dikenalpasti sama ada terdapat kecuaian pada pihak pemilik Pesta Ria atau mangsa sendiri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supritendan Mohd Sabri Abdullah memaklumkan insiden dilaporkan pekerja tapak pesta ria.

Mangsa yang berusia 39 tahun disahkan maut di lokasi kejadian.

Seorang lagi mangsa cedera yang berada dalam lingkungan usia sama dikejarkan ke Hospital Kajang untuk rawatan.

Setakat ini, polis tidak mengesan sebarang unsur jenayah.

Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini