Seorang lelaki maut, manakala empat lagi cedera selepas terlibat kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Nusa Bestari, Iskandar Puteri, Johor.
 
Mangsa berusia 40-an cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. 

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mokhtar memaklumkan, mangsa yang memandu dari arah Bukit Indah menghala Nusa Bestari, terbabas ke laluan bertentangan, sebelum merempuh sebuah kereta.
 
Rempuhan menyebabkan kereta terbabit berpusing dan melanggar sebuah lagi kereta di laluan sama.
 
Kejadian berlaku ketika cuaca hujan.
 
Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini