Sekurang-kurangnya seorang maut dan ratusan lagi penduduk dipindahkan selepas satu gempa bumi sekuat 7.3 skala Richter melanda kepulauan Maluku di timur Indonesia semalam.Gempa tersebut berlaku kira-kira 165 kilometer ke selatan tenggara pekan Ternate di wilayah Maluku Utara pada pukul 6.28 petang waktu tempatan.Menurut jurucakap pihak berkuasa, Ihksan Subur, mangsa meninggal dunia selepas dihempap struktur rumahnya yang runtuh ketika gempa berlaku.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini