Seorang maut manakala lima lagi cedera ringan selepas terlibat dalam kebakaran melibatkan sebuah tongkang di Gat Lebuh Macallum, Pengkalan Weld, George Town.
 
Mangsa, Yaser Abdullah yang berusia 60 tahun maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan berikutan cedera parah.
 

Kebakaran menyebabkan kira-kira 20 peratus bahagian tongkang musnah.
 
Pengarah Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Saadon Mokhtar berkata, siasatan awal mendapati berlaku letupan sebelum terbakar.
 
Keadaan itu turut menyebabkan enam mangsa  terpelanting hingga mengakibatkan kecederaan.
 
Ketika kejadian semua mangsa yang bekerja sebagai jurukimpal berada di atas tongkang itu bagi melakukan kerja pembaikan sebelum satu daripada ruang dalam tongkang berkenaan meletup. 

Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 11.30 pagi. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini