Konflik di Sudan menyaksikan pertempuran berterusan antara pasukan keselamatan dengan penunjuk perasaan yang membantah rampasan kuasa oleh tentera.

Dalam kejadian terbaharu, sekurang-kurang seorang penunjuk perasaan maut dalam keganasan di Khartoum yang memasuki hari keempat berturut-turut.

Pasukan keselamatan didakwa melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah terhadap penunjuk perasaan.

Konflik tersebut menarik perhatian Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyuarakan kebimbangan dan mahu semua pihak terlibat bersemuka tanpa sebarang pra-syarat. Setakat ini, ketegangan yang mencetuskan pertempuran telah meragut lapan nyawa sementara kira-kira 170 lagi dilaporkan cedera.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini