Seorang remaja Palestin maut ditembak oleh tentera Zionis pada Jumaat.

Mohammed Daadas alami kecederaan parah setelah terkena tembakan di bahagian perut ketika menyertai pertempuran dengan tentera Israel.

Mohammed, 13 tahun disahkan meninggal dunia di hospital. 

Menurut agensi berita WAFA, pertempuran pada Jumaat itu turut menyebabkan lima lagi warga palestin cedera. 

Ia berlaku di Beita dan perkampungan Beit Dajan. 

Penduduk Beita telah berbulan-bulan bergelut untuk mengusir peneroka haram Israel dan tentera Zionis dari kawasan puncak bukit. 

Pertempuran berkenaan berlaku selepas beberapa hari Israel mengumumkan rancangan membangunkan 3,000 rumah untuk peneroka Yahudi di Tebing Barat tanpa menghiraukan kritikan antarabangsa.

Malah bagi mengalih kritikan berkenaan, Zionis merancang membina 1,300 rumah untuk warga Palestin di Tebing Barat. 

Dianggarkan 475,000 peneroka haram Israel menetap di kawasan berkubu di Tebing Barat yang menempatkan lebih 2.8 juta rakyat Palestin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini