Seorang suspek mati lemas selepas cuba mengelak dicekup dalam serbuan Op Tapis di Kuching,
Sarawak.

Suspek, 37 tahun bertindak terjun ke dalam sungai bersama rakannya di Kampung Tabuan Melayu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah, Suspek bagaimanapun ditemukan lemas
sebelum pasukan perubatan tiba di lokasi kejadian.

Manakala rakannya selamat dan berjaya diberkas pihak polis.
Terdahulu, tular video berdurasi 3 minit memaparkan orang ramai cuba menyelamatkan suspek di
pinggir sungai.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini