Banjir dan tanah runtuh dilaporkan berlaku di sepanjang Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1). Perkara tersebut disahkan pengendali Lebuhraya berkenaan susulan hujan lebat yang berterusan sejak semalam.

Menurut Pengurus Besar Kanan Ketua Anih Berhad, Radzimah Mohd Radzi menerusi satu kenyataan memaklumkan setakat jam 9 pagi tadi hanya laluan Lebuhraya Kuala Lumpur dari Genting menghala ke Gombak boleh dilalui manakala kesemua jalan lain adalah terhalang iaitu selepas Kilometer 66.

Jelas beliau, kebanyakan laluan masih terhalang dan pengguna boleh mendapatkan info semasa laluan alternatif menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang.

Individu terjejas yang terkandas di lebuhraya juga akan diberikan bantuan sewajarnya oleh petugas lebuhraya seperti bantuan makanan dan minuman.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini