Sepanyol akan melakukan perubahan besar-besaran terhadap perkhidmatan penyiasatan rahsianya.

Perubahan itu dibuat susulan skandal pengintipan perbualan telefon melibatkan ahli politik kanan negara terbabit.


Menurut Perdana Menteri, Pedro Sanchez reformasi bakal memberi tumpuan kepada serangan siber.

Beliau juga mahu kerjasama antara Pusat Kripto-Logik Kebangsaan dengan agensi berkaitan keselamatan siber diperkukuh.

April lalu, perbualan telefon antara Perdana Menteri dengan Menteri Dalam negeri Sepanyol jadi sasaran pencerobohan. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini