Sepanyol berdepan gelombang panas terburuk dalam tempoh 20 tahun di mana suhu dijangka terus meningkat sehingga mencecah 40 darjah Celsius di beberapa kawasan negara itu termasuk di ibu kotanya, Madrid.

Agensi Meteorologi Sepanyol menyatakan ia adalah gelombang haba paling kuat pada pertengahan Jun dalam tempoh 20 tahun lalu.

Sebahagian selatan Sepanyol seperti wilayah Andalusia dan Extremadura mengalami suhu melebihi 40 darjah celcius dengan Cordoba mencatatkan suhu 43 darjah celcius dan 41 darjah celsius dilaporkan di Badajoz.

Pihak Jabatan Kaji Cuaca memberi amaran terhadap risiko “melampau” kebakaran hutan disebabkan suhu 7 hingga 12 darjah melebihi purata untuk sepanjang tahun.

Sebahagian daripada Sepanyol telah mencatatkan suhu tertinggi dan salah satu musim sejuk paling kering dalam rekod hingga menyebabkan takungan air Sepanyol berada pada paras membimbangkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini