Sepanyol mengesan kes pertama varian baharu COVID-19, Omicron membabitkan seorang lelaki yang baru tiba dari Afrika Selatan. Lelaki berusia 51 tahun itu menjalani ujian saringan COVID-19 ketika tiba di lapangan terbang di Madrid melalui Amsterdam, sebelum disahkan positif.

Pesakit berkenaan mengalami gejala ringan dan sedang menjalani kuarantin. Beberapa negara Eropah lain, termasuk Belgium, Britain dan Jerman juga telah melaporkan kes Omicron yang kali pertama dikesan di Afrika Selatan.     

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini