Sepanyol menyediakan dos keempat vaksin COVID-19 bagi golongan rentan, termasuk pesakit barah.

Dos terbabit akan diberikan lima bulan selepas suntikan dos ketiga. Menurut Kementerian Kesihatan Sepanyol, pemberian dos ketiga kini meliputi golongan berumur 18 tahun dan ke atas, berbanding usia 40 tahun dan ke atas sebelum ini.

Dos ketiga diberikan lima bulan selepas suntikan dos kedua, berbanding sela masa enam bulan sebelum ini.

Sepanyol merupakan antara negara yang mendahului kadar vaksinasi COVID-19 pada peringkat global.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini