Menjelang aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia malam ini.

Johor Darul Takzim-JDT FC sasar untuk mendapatkan gol awal ketika melayan kunjungan Terengganu FC-TFC di halaman sendiri.

Menurut jurulatihnya, ia penting bagi memberi tekanan buat skuad Penyu selepas kedua-dua pasukan terikat 1 sama pada pertemuan pertama sebelum ini.

Bagaimanapun, Mora sedar ia bukan tugas mudah kerana skuad bimbingan Nafuzi Zain merupakan pasukan tunggal meraih kemenangan di Stadium Sultan Ibrahim tahun ini.

Pengendali kelahiran Mexico itu juga mengingatkan anak buahnya agar tidak melakukan kesilapan mudah kerana ia akan membawa padah.

Tambanhnya, JDT perlu mengawal ketat aksi lincah Jordan Mintah, Faisal Halim dan Faiz Nasir yang dilihat pasti menyukarkan mereka.

Bagaimanapun Mora percaya dengan keampuhan benteng pertahanan pasukannya bagi merantai gerakan mereka pada perlawanan malam ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini