Presiden Rusia, Vladimir Putin akan menanggung padah dalam jangka masa panjang meskipun berjaya dalam perang terhadap Ukraine.

Malah, keputusan Putin menyerang negara jirannya itu turut dianggap tindakan seorang diktator.

Itu reaksi Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden ketika ucapan sulungnya pada sesi bersama Dewan Kongres.

Beliau berikrar Putin tidak akan terlepas daripada sebarang tindakan selepas dunia ternyata memilih keaman dalam pertempuran antara demokrasi dan autokrasi itu.

Beliau juga mengumumkan sekatan baharu yang melarang penerbangan Rusia daripada menggunakan ruang udara Amerika.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini