Keganasan terus tercetus di Somalia. Terbaharu, militan Al-Shabab mengaku bertanggungjawab atas serangan bom yang menyebabkan sekurang-kurangnya lapan orang maut. Pihak berkuasa tempatan melaporkan, insiden tersebut turut menyebabkan 17 lagi cedera.

Pihak polis memaklumkan penyerang menyasarkan konvoi yang mengiringi pasukan keselamatan asing, berhampiran sebuah sekolah di daerah Hodan, Mogadishu dan angka korban mungkin meningkat.

Sebelum ini Al-Shabab turut mengaku bertanggungjawab dalam serangan bom yang mengakibatkan kematian wartawan terkenal Somalia Abdiaziz Mohamud Guled.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini