Pembunuhan beramai-ramai di Myanmar membabitkan lebih 30 orang pada malam Krismas lalu di timur negeri Kayah, terus dikecam.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk serangan itu yang disyaki dilakukan junta tentera.

Anggota Majlis Keselamatan dalam kenyataannya menekankan keperluan memastikan akauntabiliti dengan tindakan itu.

Mereka turut menggesa semua keganasan dihentikan segera dan menekankan pentingnya menghormati hak asasi manusia dan keselamatan orang awam.

Tambah kenyataan itu, sekurang-kurangnya 35 orang termasuk empat kanak-kanak dan dua kakitangan badan amal Save the Children terbunuh dalam serangan itu.

Menurut pejuang antijunta mereka menemui lebih 30 mayat terbakar termasuk wanita dan kanak-kanak di lebuh raya di negeri Kayah susulan serangan itu.

Malah dua pekerja Save the Children hilang dan kumpulan hak asasi manusia mengesahkan mereka antara yang terbunuh.

Myanmar berada dalam keadaan huru-hara sejak rampasan kuasa Februari lalu.

Menurut kumpulan pemantau tempatan, lebih seribu 300 orang terbunuh.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini