Satu serangan siber menyasarkan stesen minyak di seluruh Iran, semalam.

Ia melumpuhkan sistem pengurusan subsidi hingga mengakibatkan pengguna kenderaan terperangkap dalam barisan panjang untuk mengisi minyak.

Agensi berita ISNA melaporkan, pemilik kenderaan yang mahu mengisi minyak menggunakan kad telah menerima mesej tertera “Serangan Siber 64411”.

Televisyen Iran memetik seorang pegawai Majlis Keselamatan Negara mengakui berlaku serangan siber itu.

Televisyen Iran menyiarkan video deretan kereta menunggu untuk mengisi minyak di Tehran.

Satu mesyuarat tergempar diadakan bagi menyelesaikan masalah teknikal berkenaan.

Bagaimanapun, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab.

Kebanyakan rakyat Iran bergantung kepada subsidi kerajaan untuk mengisi minyak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini