Tujuh warga asing ditahan dalam satu serbuan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), semalam di sebuah premis pelacuran.

Mereka terdiri daripada tiga wanita warga Indonesia dan dua wanita warga India.

Manakala dua lelaki masing-masing warga Nepal dan Myanmar merupakan pelanggan premis.


JIM berkata, pusat pelacuran tersebut dikenali sebagai Rumah Merah di kawasan Jalan Silang di Kuala Lumpur.

Unit QRT Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan Ibu Pejabat Imigresen Malaysia menyerbu premis pada jam 3.30 petang dengan kekuatan 10 Pegawai dan telah memeriksa 11 individu terdiri daripada warga asing dan warga tempatan.

Semasa serbuan dilakukan, terdapat cubaan melarikan diri oleh wanita dan pelanggan di dalam premis namun tidak berjaya.

Antara kesalahan yang dikenalpasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, langgar syarat pas dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen.

Kesemua tahanan akan ditempatkan di Depot Imigresen Semenyih, Selangor untuk siasatan mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini