Sergio Mattarella dipilih semula sebagai Presiden Itali untuk penggal kedua.

Keputusan itu dicapai di Parlimen selepas sesi undian kelapan berakhir semalam.

Mattarella meraih 759 undi sokongan daripada Ahli Parlimen, menjadikan beliau sebagai presiden yang mendapat undian kedua tertinggi dalam sejarah Itali.

Dua pusingan pengundian diadakan semalam, menyaksikan Mattarella menang 387 undian pada pusingan ketujuh; kurang 505 undi iaitu separuh daripada undi diperlukan untuk mengekalkan jawatan presiden.

Bagaimanapun, pemimpin parti-parti besar mencapai persetujuan untuk membolehkan Mattarella sebagai Presiden penggal kedua, dan mengemukan permohonan secara langsung kepada beliau.

Sebelum ini hanya Giorgio Napolitano pernah memegang dua kali jawatan sama dan ini adalah sesuatu yang jarang berlaku di Itali.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini