20 individu termasuk dua wanita ditahan ketika menyertai parti persendirian di sebuah rumah di Darul Aman Perdana, Sungai Petani, Kedah, pagi tadi.

Selain tidak menjaga penjarakkan sosial, sebahagian mereka positif dadah.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Adzli Abu Shah berkata, sepasukan pegawai dan anggota polis menyerbu lokasi berkenaan kira-kira pukul 3 pagi.

Kes disiasat mengikut Peraturan 16, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

Saringan air kencing mendapati enam individu berusia antara 18 hingga 24 tahun positif dadah jenis Ketamin.

Kesemua suspek berkenaan turut disiasat dibawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini