Penduduk Pasir Gudang tidak teragak-agak mengambil keputusan keluar dari kawasan terjejas sekiranya situasi pencemaran toksik semakin buruk.Salah seorang penduduk di Taman Scientex, Md. Hairi Nick Syam, 40, berkata, ini merupakan insiden kedua yang dialami oleh keluarganya selepas kejadian pencemaran Sungai Kim Kim beberapa bulan lalu.Menurut akhbar kosmo online, dia akan berpindah ke rumah saudaranya yang terletak di Pontian, jika situasi tersebut makin teruk.Dia juga tidak menyangka perkara tersebut berulang, selepas kerajaan Johor mengesahkan tiada lagi pencemaran di kawasan itu sebelum ini.Terdahulu, anak kedua Md. Hairi yang berusia 13 tahun terpaksa dikejarkan oleh ambulans selepas didapati mengalami simptom pencemaran itu ketika sesi persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nusa Damai, SEMALAM.##

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini