Gara-gara bimbang dengan penularan COVID-19, ibu bapa Orang Asli di Pos Tohoi, Gua Musang, Kelantan yang sebelum ini enggan membenarkan anak mereka ke sekolah akhirnya berubah fikiran.

Semalam, seramai 77 murid berjaya dibawa keluar menggunakan kenderaan pacuan empat roda hasil usahasama pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli bersama pemimpin kampung.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Tohoi, Ajeh Baharom berkata, pandemik COVID-19 menyebabkan ada ibu bapa yang hampir setahun tidak membenarkan anak mereka ke sekolah.

Namun selepas dipujuk akhirnya mereka kembali membenarkan anak mereka ke sekolah dan tinggal di asrama.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini