Sesi persekolahan bersemuka akan diteruskan sehingga tamat penggal, hujung minggu depan. Jelas Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, ia berikutan jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 dalam kalangan pelajar lebih rendah berbanding kehadiran ke sekolah seramai 4.5 juta pelajar di seluruh negara.

Katanya Kementerian Pendidikan akan mengambil langkah pengawalan pada tahap tertinggi bersesuaian dengan fasa endemik ketika ini. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan semalam, kira-kira 200 hingga 250 pelajar dijangkit covid-19 selepas sesi persekolahan bersemuka dijalankan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini