Sesi persekolahan secara bersemuka menerusi fasa awal endemik di Brunei telah bermula pada minggu lepas.

Ia melibatkan murid-murid yang telah lengkap divaksin.

Di Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) paling menjadi tumpuan utama dalam kalangan pelajarnya.

Menurut pengetuanya, Dayangku Norhasima Pengiran Hassan, kesemua murid juga diwajibkan menjalani saringan ujian pantas antigen (ART) seminggu sekali selain memakai pelitup muka dan menjaga kebersihan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini