Hari ini genap setahun pemergian mendiang Diego Maradona. Kehilangan salah seorang pemain bola sepak terhebat dunia itu masih dirasai sehingga kini.

Perlawanan kelab bola sepak Argentina turut memberi penghormatan selama seminit dan pemain membuat formasi 10 di atas padang sebagai menghormati jersi yang dipakai Maradona ketika hayatnya.

Upacara khas turut diadakan di Buenos Aires, tempat Maradona dibesarkan sebagai penghormatan kematian legenda bola sepak itu.

Di Naples, Itali, di mana dia menghabiskan sebahagian daripada kariernya, dua patung dibuat khas untuk memperingati legenda itu. Maradona meninggal dunia akibat serangan jantung pada November lalu di usia 60 tahun beberapa minggu selepas menjalani pembedahan otak.

Bintang Boca Juniors, Barcelona dan Napoli itu bergelut dengan ketagihan kokain dan alkohol selama beberapa tahun dan mengalami masalah hati, buah pinggang dan kardiovaskular ketika dia meninggal dunia.

Kematiannya mengejutkan peminat di seluruh dunia dan puluhan ribu hadir memberi penghormatan terakhir buatnya di istana presiden Buenos Aires selama tiga hari. Kematiannya juga turut menimbulkan kontroversi kerana dikaitkan dengan kecuaian manusia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini