Hampir separuh juta pelajar di Korea Selatan menghadiri peperiksaan penting bagi melanjutkan pelajaran ke Universiti, pada hari ini.

Pihak berkuasa turut dikerah bagi memastikan peperiksaan selama sembilan jam itu berjalan lancar.

Peperiksaan yang dikenali sebagai Suneung itu bukan sahaja bagi mendapatkan tempat di Universiti terbaik.

Malah Ia juga menjadi kunci kepada peningkatan tahap status sosial dalam kalangan masyarakat.

Menurut pihak kementerian pendidikan, sejumlah 509,000 pelajar menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini.

Peperiksaan bermula seawal 8.40 pagi waktu tempatan dengan semua pelajar di wajibkan memakai pelitup muka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini