Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyarankan agar menyegerakan segala bantuan itu dibuat ketika beliau mempengerusikan mesyuarat kabinet pertamanya. Mesyuarat kabinet itu berlangsung menerusi sidang video disebabkan beliau sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam satu hantaran di laman facebooknya, beliau memaklumkan antara perkara utama yang ditekankan dalam mesyuarat tersebut termasuklah status terkini jangkitan COVID-19 di dalam negara. Semua kementerian diminta untuk bergerak proaktif bagi mengukuhkan tindakan tahap kesihatan demi melonjakkan semula aktiviti ekonomi yang memberi manfaat utama kepada rakyat.

Datuk Seri ismail turut mengingatkan para Menteri kabinet tentang pencapaian 100 hari yang perlu dicapai setiap kementerian. Justeru, tindakan pantas dan bersepadu perlu dilakukan bagi membebaskan Malaysia daripada ancaman wabak penyakit, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik. Beliau turut akan memastikan kabinetnya berasaskan keberhasilan serta terus mengutamakan kestabilan dan keselamatan Keluarga Malaysia.                

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini