Setiap negeri mempunyai Catuan Tebangan Tahunan (CTT) bagi pengusahasilan balak yang ditentukan melalui keputusan Majlis Tanah Negara (MTN).

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, setiap negeri sebenarnya mempunyai jadual penerbangan tahunan dan kuota yang ditetapkan mengikut Kriteria dan Petunjuk Malaysia untuk Pensijilan Pengurusan Hutan (MC&I) sejak 2012.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa menentukan kuota penebangan balak, sebaliknya kegiatan tersebut dilakukan mengikut perkara yang termaktub di bawah Akta Perhutanan Negara 1984.

Datuk Seri Takiyuddin berkata, beliau akan menghubungi Datuk Mohd Amar bagi mendapatkan pencerahan berhubung kenyataannya itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini