Setiausaha Akhbar White House,  Jen Psaki sahkan beliau positif COVID-19.

Beliau dijangkiti virus itu walaupun  bukan kontak rapat dengan presiden atau pegawai kanan kakitangan Rumah Putih sejak Rabu dan diuji negatif selama empat hari sebelum itu.

Psaki sudah menerima suntikan vaksin COVID-19 dan hanya mengalami gejala ringan.

Beliau akan kembali bertugas selepas menjalani kuarantin 10 hari dan jika keputusan saringan negatif.

Beliau antara pegawai pentadbiran tertinggi Amerika Syarikat dijangkiti penyakit itu, selepas Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Alejandro Mayorkas .

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini