Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin mengesahkan dirinya dijangkiti COVID-19.

Beliau menerusi kenyataan memaklumkan hanya mengalami gejala ringan dan akan menjalani kuarantin kendiri di rumah selama lima hari.

Menurut Austin, beliau sudah menerima suntikan lengkap vaksin Covid-19 dan dos penggalak yang menjadikan gejala dialaminya lebih ringan.

Amerika Syarikat ketika ini berdepan dengan lonjakan kes COVID-19 susulan varian Omicron.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini