Kejadian hujan lebat dan ribut di beberapa kawasan di Shah Alam, Selangor semalam menyebabkan kerosakan harta benda dan kediaman penduduk.

Ribut berkenaan mengakibatkan 10 kenderaan dan enam lot parkir di sebuah pasar raya di Seksyen 13, rosak.

Lapan daripadanya rosak dihempap bumbung parkir, manakala dua lagi dihempap pokok.

Insiden tidak melibatkan sebarang nyawa kerana pemandu sempat keluar menyelamatkan diri.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, mengesahkan kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang.

Turut terjejas, puluhan kediaman penduduk di Jalan Kampung Bunga, Seksyen 22.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib dalam kenyataannya berkata, laporan diterima daripada orang awam membabitkan kepingan bumbung di tingkat dua sebuah universiti swasta di Seksyen 13 terjatuh akibat angin kencang.

Namun tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini