Kesatuan Olahraga Malaysia,KOM hari ini memiliki presiden baharu.

Datuk Seri Shahidan Kassim kembali memenangi kerusi panas itu bagi penggal 2022/2025, menewaskan penyandang sebelum ini, Datuk S.M Muthu dalam pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang di adakan di Ibu negara.

Kemenangan berpihak kepada Datuk Seri Shahidan dengan majoriti empat undi selepas  meraih 20 undi berbanding 16 yang diperoleh Datuk S. M Muthu menerusi 36 perwakilan yang hadir.

Manakala jawatan timbalan presiden dimenangi Datuk Fadzil A. Bakar.

Jelas beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, menang dan kalah dalam pemilihan adalah perkara biasa..apa yang perlu adalah kerjasama semua pihak demi kepentingan pembangunan atlet.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini