Pertahanan kental Kebangsaan, Shahrul Saad optimis mampu pulih sebelum aksi kelayakan pertama Piala Asia 2023 menentang Turkmenistan pada 8 Jun depan.
Beliau kini dalam proses pemulihan daripada kecederaan hamstring yang dialami semasa menentang Sri Pahang minggu lalu.
Pertahanan Johor Darul Takzim (JDT) itu juga enggan terburu-buru untuk segera pulih bagi menghadapi dua siri perlawanan persababatan menentang Brunei dan Hong Kong pada hujung bulan ini.