Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev dipilih semula sebagai pemimpin negara itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat (CEC) Uzbekistan berkata, Mirziyoyev mendapat 80.1 peratus undi mengetepikan empat pesaing pada pilihan raya yang diadakan pada Ahad.

Mirziyoyev mewakili Parti Demokratik Liberal memegang tampuk pemerintahan Uzbekistan pada 2016 selepas menggantikan Islam Karimov.

Antara janji kempen pilihan raya beliau adalah meneruskan pembaharuan, melancarkan lebih banyak projek perindustrian, menyediakan pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat. 

Antara calon lain yang turut bertanding termasuk Alisher Kadirov dari Parti National Revival Democratic, Maksuda Varisova (Parti Demokratik Rakyat) dan Narzullo Oblomurodov (Parti Ekologi).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini