Bekas pemain bola sepak kebangsaan Serbegeth Singh atau lebih dikenali sebagai Shebby Singh, meninggal dunia. Persatuan Bola Sepak Malaysia, FAM mengucapkan takziah kepada keluarga Shebby atas pemergian mendiang secara mengejut petang tadi.

Shebby, 61 tahun, dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika berbasikal di Kledang, Johor.

Shebby memulakan kerjaya di gelanggang bola sepak sebagai pemain bahagian pertahanan bagi pasukan Johor FA sebelum berpindah ke pasukan bola sepak Kuala Lumpur pada 1983. Mendiang juga pernah beraksi bagi pasukan Negeri Sembilan FA dan Pahang FA sebelum menamatkan kerjayanya dengan Perak FA pada tahun 1996.

Sejak bersara sebagai pemain kebangsaan, mendiang meneruskan khidmat sebagai jurulatih dan menjadi hos rancangan sukan di Asia. Bukan sahaja pernah berkhidmat dalam mengendalikan pasukan kebangsaan, bahkan mendiang juga pernah menjawat jawatan Penasihat Global kelab Blackburn Rovers pada 2012.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini