Beberapa hari lalu, penyanyi, Shila Amzah berkongsi menerusi Instagramnya bakal meminjamkan suara bagi watak Puteri Jasmine dalam filem terbitan Disney, Aladdin. Jelas Shila, alih suara itu untuk filem Aladdin versi bahasa Melayu yang bakal ditayangkan pada 23 Mei ini. Dia juga akan turut menyanyikan lagu tema filem tersebut yang berjudul ‘A Whole New World’ versi bahasa Melayu bersama penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini. Rata-rata peminat Shila tidak sabar untuk melihat hasilnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini