Perkhidmatan kereta api ulang alik “Shuttle Tebrau” antara JB Sentral Johor Bahru ke stesen Woodlands, Singapura kembali beroperasi. Ia dijangka dimanfaatkan 7,000 penumpang sehari.

Perkhidmatan pertama di JB Sentral bermula pukul 5 pagi dan berakhir 10.45 malam. Manakala tren pertama dari woodlands bermula pukul 8.30 pagi dan tren terakhir 11.45 malam. Shuttle Tebrau memudahkan perjalanan ribuan pekerja Malaysia yang berulang-alik ke republik itu.

Ia juga bakal meningkatkan lagi kehadiran pelancong Singapura ke negara ini. Operasi Shuttle Tebrau sebelum ini digantung susulan penutupan sempadan negara akibat pandemik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini