Di Sibu, persiapan rapi sudah dilakukan bagi memastikan kelancaran program vaksinasi kepada lebih 9,000 remaja berusia 16 dan 17 tahun di daerah itu. Kesemua penerima akan disuntik vaksin keluaran Pfizer-BioNTech.

Proses vaksinasi diadakan di beberapa lokasi antaranya Dewan Suarah Sibu, Dewan Serbaguna Sibujaya, Dewan Pejabat Daerah Kanowit dan Dewan Serbaguna Selangau. Penyelaras PPV Bahagian Sibu – James Badi, menasihatkan bakal penerima untuk membuat semakan janji temu vaksinasi. Juga, mematuhi SOP ditetapkan di PPV, bagi mengelak risiko jangkitan COVID-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini