Litar Antarabangsa Sepang, SIC terus mengorak langkah bukan sahaja dalam industri sukan permotoran malah dalam sektor automotif.

Terbaharu pusat pengalaman pemanduan (DEC) pertama di Asia Tenggara bakal dibina oleh SIC.

Projek DEC merupakan salah satu komponen kepada Pelan Strategik Perniagaan unjuran 5 tahun SIC yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah SIC pada tahun 2014.

Fasiliti tersebut akan dibangunkan di atas tanah berkeluasan 28 hektar dan dijadikan sebagai langkah seterusnya untuk pembelajaran berterusan pemandu-pemandu di Malaysia agar lebih mahir mengendalikan kenderaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini