Sidang Kemuncak G20 yang berakhir semalam meluluskan  deklarasi mengesahkan peranan penting multilateralisme dan kerjasama antarabangsa dalam mengatasi cabaran global akibat pandemik COVID-19.

“Deklarasi Pemimpin G20 Rom” berikrar untuk mengukuhkan tindak balas bersama terhadap pandemik itu dan merintis laluan bagi pemulihan global, dengan kebimbangan khusus terhadap golongan paling rentan.

Pemimpin ekonomi utama dunia itu turut berikrar menggunakan segala kemampuan untuk menangani kesan pandemik, mengekalkan pemulihan dan terus berwaspada terhadap cabaran global .

Mengenai perubahan iklim,  pemimpin kekal komited kepada matlamat Perjanjian Paris .

Sidang kemuncak dua hari itu dipengerusikan Itali.

Indonesia akan menggisi kerusi penggiliran Presiden G20 mulai Disember 2021.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini