Komuniti ASEAN diseru memperkukuh kerjasama pelbagai hala terutamanya dalam reformasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia bagi memastikan badan dunia itu lebih berkesan dan kekal relevan dalam menghadapi dinamik global.

Tambahnya, tindak balas global kepada pandemik COVID-19 dan pengedaran vaksin banyak dipengaruhi oleh nasionalisme dan saingan geo-politik.

Justeru Malaysia mencadangkan agar mewujudkan satu sistem keselamatan kesihatan global yang baru bagi menghadapi pandemik pada masa depan.

Malaysia sekali lagi mengulangi pendirian isu serantau mengenai Laut China Selatan dan Myanmar agar isu tersebut diuruskan secara aman, konstruktif dan rasional melalui dialog dan perundingan. Beliau berkata demikian pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-CHINA bagi memperingati ulang tahun ke-30 Hubungan Dialog ASEAN-China di ibu negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini