Menjelang perhimpunan dua hari Sidang Kemuncak Pemimpin G20 di Rom yang akan bermula 30 Oktober ini. Pihak penganjur membuat persiapan terakhir bagi menyambut ketibaan pemimpin 20 negara kuasa ekonomi dunia yang akan bersemuka buat pertama kali sejak pandemik COVID-19 melanda.

Akses ke lokasi mesyuarat dihadkan dan kawalan keselamatan dipertingkatkan. Sidang kemuncak itu akan dipengerusikan Presiden Itali, Sergio Mattarella dengan tema ‘Manusia, Planet, Kemakmuran.

Sidang akan memfokuskan kepada Pemulihan daripada Pandemik COVID-19 dan Pengukuhan Tadbir Urus Kesihatan Global, Pemulihan dan Ketahanan Ekonomi, Perubahan Iklim dan Peralihan Tenaga, dan Pembangunan Lestari dan Keselamatan Makanan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini