Satu sidang khas berhubung pindaan Undang-undang tubuh kerajaan Johor untuk membenarkan had umur calon  diturunkan daripada 21 tahun kepada 18 tahun dijangka diadakan pada minggu pertama bulan depan.

Ia akan membincangkan persempadanan semula bagi memastikan perkhidmatan wakil rakyat tidak terjejas.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, banyak perkara perlu diukur sebelum mencari penyelesaian sama ada mahu membuat pecahan sempadan atau tidak.

Dalam perkembangan berkaitan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan meluluskan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (Pindaan) 2021 bagi menurunkan had umur seseorang warganegara yang layak menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Pindaan terhadap Perkara 49 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 itu diluluskan selepas mendapat sokongan 32 daripada 36 ADUN dengan empat lagi tidak hadir bagi sesi penggundian tersebut.

Bagaimanapun, pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 bagi Perkara 38 berkaitan menghadkan tempoh jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan kepada dua penggal tidak diluluskan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini