Sijil vaksinasi Covid-19 dalam MySejahtera tidak boleh sesekali dipalsukan, kecuali ia disalah guna pihak pengendali vaksinasi yang boleh mengemaskini aplikasi itu.

Menjelaskan perkara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata teknologi Blockchain yang digunakan dalam sistem itu diyakini selamat dengan pelindungan data peribadi yang terbaik.

Datuk Seri Dr. Adham ditemui media, selepas melancarkan E-Skrol menggunakan teknologi Blockchain untuk graduan Universiti Antarabangsa Malaysia, di Ibu Negara.

Beliau mengulas mengenai penahanan seorang doktor di Marang, Terengganu pada Sabtu lalu, disyaki menjual sijil vaksinasi Covid-19 palsu di kliniknya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini