Pelbagai strategi dilaksana pemaju hartanah, Sime Darby Property bagi mengurangkan kesan kenaikan kos bahan mentah pembinaan.

Antaranya pengenalan kontrak perubahan harga (VOP) bertujuan memperkasa subkontraktor agar tidak terkesan tekanan kos sekali gus tidak menjejaskan tempoh projek.

Pengarah Urusannya, Datuk Azmir Merican berkata selain kaedah VOP, syarikat juga mengamalkan kawalan kos ke atas bahan binaan tanpa mempengaruhi kualiti produk.

Untuk tempoh tersebut, RM51.84 juta untung bersih dicatat dengan peningkatan jualan RM888.9 juta didorong segmen hartanah industri.

Beliau bercakap pada sidang media prestasi kewangan suku tahun pertama 2022, secara maya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini